Articles

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI CAMBODIA PADA 07 - 08 JUN 2013

           Segala Puji hanya untuk Allah Yang Menguasai serta Mentadbir Sekelian Alam, Selawat dan Salam Kehadhrat Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w , Dengan IzinNya Zat Yang Maha Pengasih Serta Maha Penyayang, Majlis Berkhatan dan Akikah Cambodia yang telah dirancangkan menjadi kenyataan apabila  pada sesi perbincangan Pertubuhan Bakti Insan Sajadi Malaysia (PBISM) diwakili oleh Kapten (Rela) Che Saad Mohd Salleh dan Mohd Rizan Ibrahim, mendapat persetujuan Dato Dr Zulkafperi Hanapi dari Kumpulan Klinik Keluarga & Surgery Damansara, bersetuju turut sama menyumbang khidmat baktinya bagi menjayakan Majlis Berkhatan 100 kanak kanak di sana, begitu juga dengan sambutan dari peserta Akikah sehingga  PBISM berjaya mengumpul sejumlah 9 ekor lembu dan seekor kambing, yang mana akhirnya Program ini dapat dilaksanakan buat pertama kalinya pada 07 & 08 Jun 2013 Bertempat di Kg Perik Riang, Sangkat Prektasek, Khan Russey Keo, Phnom Penh, Cambodia di bawah program khidmat masyarakat & Bantuan Kemanusiaan Cambodia, di Terajui Pertubuhan Bakti Insan Sajadi Malaysia (PBISM) dan Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Gombak serta dengan Kerjasama The Association To Support The Elderly Muslim Of Cambodia.

Semua Ahli PBISM yang kini mencecah lebih 500 orang adalah merupakan Ahli Rela Daerah Gombak dibawah naungan Lt Kol (Rela) Tn Jaafar Abd Rahim, kerjasama erat keduanya telah lama terjalin sejak tahun 1996 lagi .
 
           Sebelum berangkat, segala urusan Logistik diurus selia dengan lancar sekali oleh Relawati Pn Rossita Che Wan, Relawan Salim Ahmad, Sarjan (Rela)Ramli Abu Hanif, Relawan Mohd Redzwan Abdul Mutalib(dikenali sebagai Ust Wan), Mr Chee Sip Sheng dari MTMP Creation Sdn Bhd, Kapten (Rela) Mohd Parwez Abdul Maroof, Mejar KeHormat(Rela) Aamanu Ibrahim, Lt Muda(Rela) Bahrin Alipah, Mejar KeHormat (Rela) Zulkarnain Abd Aziz, Relawan Abd Rahim Bahadzar, Lt Muda(Rela) Helmi Adly Mohd Noor, Lt Muda (Rela) Shahril Mohd Salleh, Sarjan (Rela) Mohamad Kamarudin, Relawan Anuar Masrom, dan En Zamri Mohamad Jamil dari Signature Zam Sdn Bhd.
 
Khamis 06 Jun 2013
Kapten (Rela) Che Saad Mohd Salleh selaku Ketua Penyelaras Program, bersama Relawan Mohamad Rizan Ibrahim, Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi, Dr Mohd Mazri bin Mohammad Zin diiringi dua Pembantu Perubatan iaitu En. Mohd Zaini bin Itam dan En.Muhammad Azri bin Zulkafperi.
telah berada di Kg Perik Riang Phnom Penh, sehari lebih awal bagi tujuan menyusun atur persiapan Program, kami semua di jemput oleh Ust El Halim dan En Zakaria (Kapten Lok Ya dari Unit Division 99 Pasukan Tentera Cambodia)
 
Jumaat 07 Jun 2013
           Rombongan seramai 37 orang, semuanya  merupakan Ahli PBISM selamat tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh, Cambodia jam 10.30 waktu tempatan, dengan disambut mesra oleh Ustaz El Halim Mohd Noor ( President The Association To Support The Elderly Muslim Of Cambodia), Che Saad , En Mohd Rizan dan En Rasat Ismail (Pengurus Syarikat Pelancungan Cambodia).
 
           Rombongan diterajui oleh Yang DiPertua PBISM Mejar KeHormat (Rela) Mohd Noor Hj Abd Samad bersama  Pegawai Rela Daerah Gombak iaitu Lt Kol (Rela) Tn Jaafar Abd Rahim diiringi oleh Kapten (Rela) Mohamad Parwez Abdul Maarof.
 
           Rombongan selamat sampai di Lokasi Program lebih kurang jam 11.40 pagi waktu tempatan dan semua yang hadir menyaksikan sendiri akan wajah wajah kemiskinan dan kedhaifan penduduk setempat dan sekitarnya yang menanti ketibaan kami sejak pagi lagi.dan kami turut menyaksi dan membantu kerja kerja melapah sembelihan Akikah seekor kambing dan seekor ekor lembu yang telah disembelih pada awal paginya. sahabat sahabat dari PBISM yang turut serta dalam Program ini semuanya merupakan Petugas yang sama sama membantu secara gotong royong dengan para petugas dari penduduk tempatan sejak awal hingga akhir Program.
           Petangnya selepas Solat Jumaat 3 ekor lembu Akikah lagi disembelih diikuti Program Berkhatan dijalankan di terajui oleh Dato Dr Zulkafpery Hanapi bersama Dr Mohd Mazri serta di bantu oleh dua orang Pembantu Perubatan dengan semua kanak kanak peserta berkhatan berbaris dengan di kawal selia oleh Lt (Rela) Shamsudin Ibrahim dan Sarjan (Rela) Mohamad Kamarudin, Alhamdulillah seramai 57 orang kanak kanak selesai dikhatankan pada jam 5.40 petang. AlisKlamp adalah kaedah bersunat terkini dan pertama kali di perkenalkan oleh Dato Dr Zulkafperi merupakan kaedah yang paling selamat, mudah, selesa dan cepat kesembuhannya.
 
 
           Selesai saja Solat Asar, Majlis Tahlil Arwah dan Doa untuk keluarga Azmi Rejab dari Jab Perolehan MAS iaitu KeHadhrat Allahyarham Rejab bin Yusuff, Allahyarham Abdullah bin Ahmad dan Allahyarhamah Rohmah bte Salim serta anak kepada Muhammad Najib Maarof dari Jab Keselamatan MAS iaitu KeHadhrat Allahyarhamah Nadia Nurdiana bte Muhammad Najib begitu juga keHadhrat Arwah Muslimin Muslimat sekelian, Majlis dipimpin oleh Ust El Halim Mohd Noor .
 
 
           Malamnya serentak dengan jamuan makan malam semua tetamu dipersembahkan dengan Bacaan Ayat Ayat Suci Al Qur’an dan Persembahan Nasyid dari kumpulan Anak Anak Kampong Perik Riang , Majlis selesai jam 11.30 malam .
 
 
Sabtu 08 Jun 2013
           Awal paginya 3 ekor Lembu lagi disembelih , selesai di lapah dagingnya di agih kepada penduduk setempat serta kepada penduduk kampung berhampiran dan 2 ekor Lembu hidup disumbang kepada 2 keluarga miskin untuk disembelih di majlis perkahwinan anak mereka .
 
           Bermula jam 10 pagi, seramai 68 orang lagi kanak kanak dikhatankan oleh Dato Dr Zulkafperi bersama Pasukannya .
 
           Pada Jam 11 pagi, Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tetamu Jemputan yang terdiri dari Kenamaan Penting Cambodia,disambut mesra oleh Ust El Halim, Mejar (Rela) Mohd Noor dan  Lt Kol (Rela) Tn Jaafar, mereka ialah  Dto Jenderal Hj Lalai Ketua Military Police Wilayah Takeo yang juga merupakan Penasihat Kanan Dto Sok An (Timbalan Perdana Menteri Di Jab.Perdana Menteri Cambodia), En Sulaiman iaitu Wakil kepada Dto Ok Nya Ouer Siphon iaitu Ketua Mukim Prek Tasek Phnom Penh, dan  En Salleh Abdul Malik iaitu Ketua Kg Perik Riang, Kapten Lok Ya dari Unit Division 99 Pasukan Tentera Cambodia. Kemudian tetamu diiring ke lokasi berkhatan dan beramah mesra dengan ibu bapa yang menemani kanak kanak yang sedang berbaris menunggu giliran masing masing, kemudiannya tetamu serta penduduk dijemput menikmati hidangan tengahari.
 
           Dalam ucapan, mereka semuanya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada PBISM, Rela Daerah Gombak serta Kumpulan Klinik Keluarga & Surgery Damansara, di atas keperihatinan membantu rakyat Cambodia.
 
 
           Setelah itu Penyampaian Cenderahati dari PBISM disempurnakan oleh Mejar KeHormat (Rela) Mohd Noor Hj Abd Samad. Seterusnya Mejar KeHormat (Rela) Mohd Noor bersama Lt Kol (Rela) Tn Jaafar diiringi Ust El Halim dan Mejar (Rela) Aamanu turun dari pentas mengagihkan sumbangan USD2 setiap seorang dan gula gula kepada semua kanak kanak peserta berkhatan, dan diikuti dengan agihan Kain Pelikat kepada para petugas, 
 
 
 
           Semasa berucap Mejar KeHormat (Rela) Mohd Noor (YDP PBISM) bersama Lt Kol (Rela) Tn Jaafar (Pegawai Rela Daerah Gombak) mengucapkan Jutaan Terima Kasih terutamanya kepada Tuan Rumah di atas sambutan dan persediaan yang cukup rapi mengatur selia program serta menyediakan  penginapan kepada rombongan PBISM, dan juga kepada Tetamu Kenamaan serta  kepada Yang diKasihi Dato Dr Zulkafperi, Dr Mohd Mazri dan dua Pembantu Perubatan iaitu  En. Mohd Zaini bin Itam dan En.Muhammad Azri bin Zulkafperi di atas sumbangan besar menerajui dengan jayanya program berkhatan seramai 125 kanak kanak miskin selama 2 hari yang semuanya selamat dan selesai di khatankan jam 5.40 petang waktu tempatan pada 08 Jun 2013.
 
 
 
           Pada jam 6 petang, kami semua bersama penduduk beramai ramai di jemput ke Majlis Perkahwinan salah seorang penduduk disitu yang jaraknya lebih kurang 150 meter dari Lokasi program,tetamu Majlis di hidangkan dengan masakan enak resipi tempatan beserta setiap meja dihidangkan dengan seekor Ikan Toman salai berserai, semasa bersurai tuan rumah mempelawa semua kami bersarapan pagi rumahnya pada esok  Ahad 09 Jun 2013 .
 
 
 

Lihat Album Penuh

 
Ahad 09 & 10 Jun 2013
           Selesai Bersarapan jam 8.30 pagi kami semua menaiki 3 Sampan berinjin menyeberangi Sungai Mekong, diseberang Bas sudah sedia menanti dan kami semua disambut oleh En Rasat Ismail, beliau membawa kami ke melawat tempat tempat bersejarah Seperti muzium yang menyimpan khazanah sejarah Era kekejaman Pol Pot, Killing Field S21, serta kami juga dibawa ke Central Market dan Russian Market, dengan lawatan ini kami semua kembali segar bertenaga setelah keletihan dan kepanasan selama berada di Lokasi Program.Masyarakat disana terdiri dari Malayu Champa dan Khemer, kebanyakannya masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan pendapatan mereka yang berkerja samada Penjawat Awam atau Swasta sekitar USD40 ke USD60 sahaja sebulan, walau pun mereka dibebani dengan harga barangan keperluan yang tinggi (sebab tiada subsidi kerajaan) contohnya harga 5 kg Minyak Masak ialah USD9.5 (RM30.40) dan Petrol seliter USD1.25 ( RM4.00), tetapi mereka semuanya tidak merungut dan tidak memberontak, sebaliknya mereka sangat bersyukur dengan keamanan yang dinikmati serta Pemerintah yang memberi layanan sama rata  kepada semua rakyatnya yang berbeza Agama, kata mereka kalau dibandingkan ketika era kekejaman Pol Pot , maka hari ini kehidupan mereka adalah anugerah yang tidak ternilai
 
 
 
 
(En Rasat - Tourist Guide yang sangat fasih berbahasa Melayu)
 
 
 
 
 
Selasa 11 Jun 2013
           Jam 2 petang , kami semua bersama Dato Dr Zulkafperi dan Pasukannya berangkat ke Airport Phnom Penh untuk balik ke Malaysia, sebahagian dari kami balik dengan Penerbangan Air Asia jam 4.40 petang  dan sebahagian lagi dengan Penerbangan  MAS jam 5.40 petang. 
 
 
           YDP PBISM dan Pegawai Rela Daerah Gombak mengucapkan Terima Kasih dengan Sepenuh Penghargaan kepada Peserta peserta Akikah dan sahabat sahabat di atas daya usaha mengumpul sumbangan serta kepada semua Penyumbang Tabung PBISM, sesungguhnya dengan bantuan dan kerjasama mereka lah Program ini dapat di laksanakan, Syarikat Syarikat dan nama nama mereka yang di hormati lagi di muliakan yang sebahagiannya sama sama hadir sertai program ini iaitu :
 
  1. Relawati Pn Siti Binti Ali ( Isteri kepada YDP PBISM)
  2. Relawan Salim Ahmad & Isteri Relawati Pn Rossita Che Wan ( Jab.Tiket Penempahan MAS)
  3. Relawati Zuazlina bt Mohd Sadri
  4. Sarjan (Rela) Ramli Abu Hanif ( Executive Keselamatan Air Asia)
  5. Kapten (Rela) Mohd Parwez Abdul Maarof 
  6. Mejar (Rela) Zulkarnain Abd Aziz ( Pengarah JPS Telok Intan)
  7. Relawan Abd Rahim Bahadzar ( Vice President Al Rajhi Bank )- Setiausaha PBISM
  8. Lt Muda (Rela) Helmi Adly Mohd Noor (Pensyarah UTHM Johor)
  9. Koperal (Rela) Diana Asyiqin Che Saad (Jab, Airport Operation MAS)
  10. Relawan Muhammad Rafi bin Faroedin
  11. Sarjan (Rela) Mohamad Kamarudin (Jab Keselamatan MAS) & Isteri Relawati Pn Latifah Hashim 
  12. Relawan Anuar Masrom (Exxon Mobil)& Isteri Relawati Pn Fadhilah bt Osman
  13. Muhammad Najib Maarof ( Jab Keselamatan MAS)
  14. Lt (Rela) Shamsudin Ibrahim
  15. Lt Muda (Rela) Jafni bin Abdullah@Yusoff
  16. Mr Chee Sip Sheng ( MTMP Creation Sdn Bhd) –Peg.Biro Pembangunan & Inovasi PBISM
  17. Mr Chang ( Global Ideal Sdn Bhd)
  18. Mr Lim Boon Hiaw ( ABS Hotel Sdn Bhd)
  19. En Zamri Mohamad Jamil ( Signature Zam Sdn Bhd )
  20. Kelab Belia Kagum Johor
  21. Syarikat Attawin Aswad Management (M) Sdn Bhd
  22. Lt Muda (Rela) Shahril Mohd Salleh ( Denso (M) Sdn Bhd
  23. Relawan Azmi Rejab ( Jab Perolehan MAS)
  24. Muhammad Syazwan Salim
  25. Rossini Che Wan
  26. Rosalaili Che Wan
  27. Rozana Che Wan
  28. Relawan Raden Daud Djapar ( Jab Kejuruteraan MAS)
  29. Relawan Shaharudin Mat
  30. Relawan Painlam Musa ( Jab Kejuruteraan MAS)
  31. Nur Faridzah bte Abdul Razi
  32. Relawati Affifah Bt Mohamad
  33. Relawati Norajeerah bt Mohamad
  34. Relawati Mardhiah bt Mohamad
  35. Azfar Syakir bin Mohamad
  36. Relawan Amirul Hazizi bin Anuar
  37. Relawati Lailatul Qadariah bt Anuar
  38. Siti Meriam bt Jusoh
 
Terima kasih dengan Sepenuh Penghargaan kepada Pasukan Penyelaras Utama Program iaitu : 
  1. Kapten (Rela) Che Saad Mohd Salleh (Jab Perolehan MAS) -Ketua Penyelaras Program
  2. Mohamad Rizan Ibrahim@Ismail ( Jab Operasi Penerbangan MAS)
  3. Relawati Rossita Che Wan
  4. Lt Muda (Rela) Helmi Adly Mohd Noor (Pensyarah UTHM Johor)
  5. Kapten (Rela) Mohammad Parwez Abdul Maroof (Ahli Perniagaan )
  6. Relawan Mohd Redzwan Abdul Mutalib (Pensyarah Kanan Kolej Komuniti Jerantut Pahang)
  7. Mejar(Rela) Aamanu Ibrahim (Penolong.Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia)
  8. Relawan Anuar Masrom ( Exxon Mobil)
  9. Lt Muda (Rela)Bahrin Alipah (KUB Malaysia)
  10. Sarjan (Rela) Ramli Abu Hanif (Executif Keselamatan Air Asia )
 
Terima Kasih dan sepenuh Penghargaan juga kepada Dua Crew RTM iaitu En Mohd Nasarudin bin Ahmad Kamal dan isteri Juairna bt Samat serta Dua Wartawan akhbar Harian Cambodia yang hadir membuat liputan sepanjang program di adakan. 
 
Tulisan & Susunan Disediakan Oleh :
  1. Kapten (Rela) Che Saad Mohd Salleh

Di semak dengan penambahan oleh

  1. Lt Kol (Rela) Tn Jaafar Abd Rahim
  2. Lt Muda (Rela) Mohd Redzwan Abdul Mutalib (ustazwan.my)
  3. Mejar KeHormat (Rela) Aamanu Ibrahim .

Comments:

You are here: Home